Select Page

Program Kelestarian UTMDigital

Gotong Royong Lestari Peringkat UTMDigital 2020

Program Gotong Royong Lestari telah diadakan secara berperingkat di UTMDigital. Peringkat pertama diadakan pada Bulan Februari 2020 dengan kerjasama seluruh warga UTMDigital.

Tarikh : Februari 2020
Lokasi : Sekitar kawasan UTMDigital
Penyertaan : Seluruh Warga UTMDigital

Objektif utama program ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Membersihkan kawasan pagar pejabat, kawasan longkang dan kawasan sekitar jabatan.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara staf
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen semua staf terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
  • Sepakat dalam merealisasikan keberkesanan program kebersihan.
  • Mewujudkan komuniti staf yang mesra alam sekitar.

 

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT UTMDIGITAL DENGAN KERJASAMA KELAB BUDI BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2020 – “UTMDIGITAL FUN WALK”

UTMDigital dengan kerjasama Kelab Bakti Ukhwah & Dinamik (BUDI) telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Bersempena Bulan Kemerdekaan 2020 dengan tema “UTMDIGITAL FUN WALK”.

Tarikh : 16 Ogos 2020
Lokasi : Sekitar Tasik PKU
Penyertaan : Seluruh Warga UTMDigital

Objektif utama penganjuran program ini adalah :

  • Untuk menerapkan gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia khususnya Warga UTMDigital.
  • Melahirkan semangat kesukanan dan disiplin diri.
  • Memupuk perasaan cintakan alam sekitar.