Select Page
ATM 2021

Anugerah Teknologi Maklumat 2020

KATEGORI FAKULTI / JABATAN

TUJUAN

Anugerah Teknologi Maklumat 2020 (ATM 2020) diwujudkan bagi mengiktiraf Fakulti/Jabatan yang telah berusaha secara berterusan bagi memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti urustadbir serta perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti/Jabatan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.

Anugerah Teknologi Maklumat adalah memfokuskan kepada Fakulti/Jabatan yang menggunakan kemudahan ICT dan mengaplikasikan sistem Universiti yang telah dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan dalam melaksanakan urustadbir organisasi.


SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan WAJIB ATM 2020 kepada semua Fakulti/Jabatan seperti di bawah:

  1. Jabatan Canseleri
  2. Jabatan Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  3. Jabatan Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  4. Jabatan Timb. Naib Canselor (Pembangunan)
  5. Jabatan Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
  6. Jabatan Pendaftar
  7. Jabatan Bendahari
  8. Jabatan Harta Bina
  9. Perpustakaan UTM
  10. Fakulti Kejuruteraan
  11. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  12. Fakulti Alam Bina dan Ukur
  13. Fakulti Sains
  14. Azman Hashim International Business School
  15. Razak Faculty of Technology and Informatics
  16. Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

Unit/Bahagian yang ingin menyertai anugerah ini, perlu melalui Pusat Tanggungjawap masing-masing seperti senarai di atas.


HADIAH

Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti/Jabatan yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja), plak dan sijil penyertaan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua Fakulti/Jabatan yang menyertai anugerah ini.


KRITERIA PENILAIAN

Pemilihan Anugerah Teknologi Maklumat 2020 (ATM 2020) adalah berdasarkan kepada tiga (3) komponen utama yang ditetapkan iaitu :

  1. Komponen A :        Perkhidmatan ICT (30%)
  2. Komponen B :         Governan (20%)
  3. Komponen C :        Pembudayaan ICT (50%)

Audit penggunaan ICT di peringkat Fakulti/Jabatan (sekiranya perlu).
 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Dokumen lengkap salinan softcopy dalam format pembentangan Power Point (ppt) dan Portable Document Format (pdf) (maksimum 20 slaid) berserta write up (maksimum 3 mukasurat berserta gambar) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, 31 Mac 2021 (Rabu) ke alamat berikut :

Urusetia
Anugerah Teknologi Maklumat 2020 (ATM 2020)
Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital)
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru

Tel. : 07-5532043 / 32076
E-mel : utmdigital@utm.my  

Sesi pembentangan Fakulti/Jabatan yang disenarai pendek akan dibuat kepada Panel Penilai ATM 2020 yang akan ditentukan tarikh dan masanya oleh Urusetia ATM 2020.

Maklumat lanjut :