Select Page

Program Gaya Hidup Sihat Peringkat UTMDigital Dengan Kerjasama Kelab BUDI Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 – UTMDigital Fun Walk

Selaras dengan hasrat UTM untuk menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020, UTMDigital dengan kerjasama Kelab BUDI  (Kelab Bakti Ukuwah Dinamik, UTMDigital) telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat Peringkat UTMDigital iaitu Fun Walk Bulan Kemerdekaan pada 16 Ogos 2020, (Ahad) bermula dari jam 7.45 pagi bertempat di Depan Tasik PKU (Pusat Kesihatan UTM) UTM Johor Bahru (tempat berkumpul).

Program dimulai dengan pendaftaran warga UTMDigital, diikuti oleh aktiviti regangan yang diketuai oleh  En Mohd Safudin bin Nordin.  Laluan untuk aktiviti Fun Walk ini adalah di sepanjang tasik PKU menuju ke Bahagian Keselamatan UTM dan kemudian kembali semula ke tempat berkumpul.  Seramai 54 orang warga UTMDigital turut menyertai program tersebut.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, aktiviti pada kali ini akan melalui normal baharu dengan panduan-panduan yang bersesuaian selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara.   Aktiviti UTMDigital Fun Walk Bulan Kemerdekaan berakhir pada jam 9.00 pagi.  UTMDigital mengucapan ribuan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga UTMDigital kerana telah menjayakan program menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-63. 

Lawatan Kerja CELCOM ke UTMDigital

Seramai 6 orang wakil Syarikat CELCOM telah mengadakan lawatan kerja ke UTMDigital pada 6 Julai 2020 (Isnin), jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sangfor, UTMDigital.   Mereka telah mengadakan perbincangan ‘Teknologi Up-date’ bersama 5 orang pegawai kanan UTMDigital dan dipengerusikan oleh Pengarah UTMDigital iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman.

Perbincangan  berakhir pada jam 1.00 petang.

Teknologi Update dari Syarikat HPE Untuk UTMDigital

Pada 2 Julai 2020 (Khamis), seramai 3 orang wakil Syarikat HPE telah mengadakan taklimat kepada UTMDigital bagi memberi maklumat berkaitan teknologi terkini.  Mereka telah disambut oleh Pengarah UTMDigital Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, Encik Jaffar Sidek bin Haron, Encik Mokhles bin Md Sawal dan Encik Mohd Rozi bin Katmin.

Taklimat telah diadakan di Bilik HIK Vision, UTMDigital pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3.00 petang.

PERTUKARAN PENEMPATAN PEGAWAI DI JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDIGITAL), DARI UTM KUALA LUMPUR KE UTM JOHOR BAHRU

Dengan mengambil kira kemajuan kerjaya, peningkatan kerjaya dan kepentingan organisasi, Universiti telah membuat keputusan pertukaran staf dalaman UTM iaitu dari UTM Kuala Lumpur ke UTM Johor Bahru.

Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F52), Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim telah bertukar dari Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Kuala Lumpur ke Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru.

Pertukaran ini berkuat kuasa mulai 15 Jun 2020.  Sehubungan dengan itu juga Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Seksyen, Bahagian Arkitektur Digital (DDA), Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru.

PERTUKARAN PENEMPATAN PEGAWAI DI JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDIGITAL), UTM JOHOR BAHRU

Dengan mengambil kira pusingan kerja, peningkatan kerjaya dan kepentingan organisasi, Universiti telah membuat keputusan pertukaran staf antara Jabatan dalaman UTM. Seramai 3 tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29), Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah ditukarkan penempatan iaitu Encik Mohd Fairus bin Subari ke Fakulti Kejuruteraan, Encik Salimi bin Ismail bertukar ke Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan En. Mohd Shahril bin Kabib ke Fakulti Sains, UTM Johor Bahru. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29) yang menggantikan mereka adalah Encik Zul Hilmi bin Sulaiman, Puan Azura binti Baharudin dan YM Raja Aslinda binti Raja Muhammad. Pertukaran ini berkuat kuasa mulai 21 Jun 2020.