+6 07 55 32136 | +6 03 2615 4440 utmdigital@utm.my
Select Page

STAF BAHARU UTMDigital MELAPOR DIRI

UTMDigital mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada dua orang staf baru iaitu Puan Nazlin Binti Ali dan Cik Khairul Bariah Bte Misron.  Mereka telah mendaftar diri di UTMDigital pada 1 Mac 2020.

Puan Nazlin Binti Ali adalah Pegawai Tadbir (NA41) dari Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLEAD) bagi mengganti tempat Puan Sabrena binti Omar yang menyambung pelajar di peringkat Master. 

Manakala Cik Khairul Bariah Bte Misron pula adalah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dari Fakulti Alam Bina & Ukur bagi mengganti tempat Encik Jamaluddin Malek yang telah berpindah ke Fakulti Alam Bina & Ukur.

Semoga UTMDigital akan terus cemerlang.

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERBINCANGAN ATTACHMENT KE UTMDigital

UTMDigital telah menerima lawatan penanda aras dan perbincangan mengenai Agile Methodology dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 10 Mac 2020 (Selasa) jam 9.30 hingga 1.00 tengahari.   Wakil dari UMP yang hadir adalah seramai tiga orang ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMP iaitu Encik Irman bin Khalil, Pengurus Teknologi Maklumat UMP dan diiringai oleh Encik Ahmad Rashid bin Abu Bakar dan Encik Hanizam bin Mohd Kassim, Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat, UMP.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan projek-projek system aplikasi dan infastruktur ICT secara project based dan tidak bergantung kepada bahagian/unit sedia ada.

Selain itu juga, tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan berkenaan attachment team’ aplikasi PTMK, UMP ke UTMDigital bagi pelaksanaan pembangunan system menggunakan Agile Methodology.

MAJLIS PERJUMPAAN BULANAN BERSAMA PENGARAH UTMDIGITAL

Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur (secara lintas langsung) telah hadir ke Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Pengarah UTMDigital.  Majlis berlangsung 27 Februari 2020 (Khamis) pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Dewan Seminar UTMDigital, Aras 4 UTM Johor Bahru dan di  Bilik Mesyuarat UTMDigital, bagi warga UTM Kuala Lumpur [LINTAS LANGSUNG].


Segala sokongan dan komitmen semua staf UTMDigital untuk hadir amatlah dihargai.  Kehadiran akan direkodkan sebagai mata CPD ke dalam sistem UTMSmile.

STAF BAHARU UTMDigital MELAPOR DIRI

UTMDigital mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada dua orang staf baru iaitu Puan Nazlin Binti Ali  dan Cik Khairul Bariah Bte Misron.  Mereka telah mendaftar diri di UTMDigital pada 1 Mac 2020.

Puan Nazlin Binti Ali adalah Pegawai Tadbir (NA41) dari Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLEAD) bagi mengganti tempat Puan Sabrena binti Omar yang menyambung pelajar di peringkat Master. 

Manakala Cik Khairul Bariah Bte Misron pula adalah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dari Fakulti Alam Bina & Ukur bagi mengganti tempat Encik Jamaluddin Malek yang telah berpindah ke Fakulti Alam Bina & Ukur.

Semoga UTMDigital akan terus cemerlang.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN UTMDigital 2018/2019

Badan Kebajikan Kakitangan UTMDigital 2018/2019 (BKCICT 2018/2019) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk memilih Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan baharu bagi penggal 2020/2021. 

Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 20 Februari 2020 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seminar Aras 4, UTMDigital.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Norfadzila Hani Bt Mohd Khairuddin dan bacaan doa oleh Encik Mohd Khairi Bin Hassan.

Bagi memeriahkan lagi mesyuarat tersebut, cabutan bertuah dan makan tengahari telah disediakan pihak BKCICT 2018/2019.

Tahniah pada AJK BKUTMDigital yang telah dilantik untuk tahun 2020/2021, semoga terus cemerlang

Mesyuarat tamat dengan jayanya.

BENGKEL PERLAKSANAAN STRATEGIK UTMDIGITAL UNTUK MENYOKONG PGU3 TAHUN 2020

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah mengadakan Bengkel Perlaksanaan Strategik UTMDigital pada 9 hingga 11 Februari 2020.  Bengkel ini diadakan di Savannah Hill Resorts, Ulu Tiram, Johor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.  Tujuan mengadakan bengkel ini adalah untuk menyokong PGU3 Tahun 2020.

Seramai 34 peserta telah menjayakan bengkel ini.  Mereka terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat UTMJB dan UTMKL, termasuk yang mengikuti Program Attachment dan Ambassador serta Senior Felo IT dan Felo IT.  Fasilitator bengkel iaitu Encik Syamizam bin Shahudin daripada Syarikat TM telah dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut.

Bengkel Perlaksanaan Strategik UTMDigital tamat dengan jayanya.