Pengenalan

Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT)

Jawatankuasa Teknikal ICT Universiti ditubuhkan bagi membuat penilaian, semakan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada Jabatan/PTJ/Fakulti di UTM bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengarah UTMDigital dan ahli-ahli yang dilantik berdasarkan kepakaran teknikal di bidang masing-masing iaitu perkakasan komputer riba dan komputer desktop, LCD Projector, Mesin Pencetak, peralatan rangkaian, peralatan sidang video, peralatan multimedia, pembangunan aplikasi dan perisian berlesen.

Jawatankuasa ini juga akan menentukan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh jabatan dalam merancang perolehan ICT di jabatan masing-masing mengikut keperluan yang telah ditetapkan.

Di samping itu, jawatankuasa akan memastikan setiap peralatan ICT yang ingin dibeli di PTJ digunakan dengan lebih optimum berdasarkan keperluan penggunaannya.