Select Page

MS ISO 9001:2015 UTMDIGITAL

Pengenalan

Pelaksanaan ISO ini diterajui oleh Bahagian Strategi Digital (DDS) UTMDigital dan telah bermula sejak Disember 2017 lagi.  Skop ISO UTMDigital yang telah dipersetujui ialah Penyediaan Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Perkhidmatan ICT) dan penguatkuasaan ISO ini telah bermula sejak 17 September 2018. Pada tahun 2025, sebanyak enam (6) proses utama dan 19 SOP telah dikenalpasti terlibat.

Dasar Kualiti Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDIGITAL)

Dasar kualiti UTMDigital menjadi panduan kepada semua staf untuk melaksanakan sistem penyampaian ICT berimpak tinggi berteraskan nilai ISES UTM dan slogan Menginovasi Penyelesaian melalui:

  • Profesional digital yang berinovatif dan entrepreneurial
  • Perkhidmatan ICT digital bersepadu dan kolaboratif selari degan perkembangan teknologi digital
  • Penambahbaikan berterusan dan penciptaan inovasi nilai kepada pelanggan
  • Pengukuhan produktiviti kerja
  • Orientasikan risiko dan peluang yang dapat menjamin kelancaran perkhidmatan, keutuhan keselamatan, kepuasan pelanggan dan khidmat sokongan berkualiti
  • Ekosistem digital dan perkhidmatan universiti berpacukan data

Kami komited menyediakan Perkhidmatan ICT berimpak tinggi dan melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan sejajar dengan visi dan misi UTMDigital.

Back To Top

STRUKTUR KUALITI UTMDIGITAL 2024

Manual Kualiti

UTM Open Day