Kumpulan CICT merupakan salah satu calon yang menyertai Anugerah Kualiti Perkhidmatan 2016. Penyertaan adalah terdiri daripada Jabatan dan Fakulti di UTM.
Sesi pembentangan daripada calon PTJ telah berlangsung di dalam majlis Konvensyen Kualiti 2017, yang diadakan pada 13 – 15 Mac 2017 bermula daripada 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Yahaya bin Mad Sam, Pengarah UTM QRiM.