MENGEKALKAN CARA HIDUP DAN PEMAKANAN SIHAT SEPANJANG BULAN RAMADAN

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menganjurkan program Mengekalkan Cara Hidup Dan Pemakanan Sihat Sepanjang Bulan Ramadan pada 23 April 2018.   Program tersebut telah berlangsung di Dewan Seminar, Aras 4, CICT, UTM Johor Bahru, bermula pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Seramai 150 staf UTM telah menghadiri program tersebut.  Ceramah mengenai Mengekalkan Cara Hidup Dan Pemakanan Sihat Sepanjang Bulan Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Rozie Rejab daripada Olive House Sdn. Bhd.