PROGRAM PENGURUSAN STRESS MODUL 1 : ‘ISLAMIC PSYCHOLOGY’

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menganjurkan program Pengurusan Stress Modul 1 bertajuk ‘ISLAMIC PSYCHOLOGY’ pada 5 Jun 2018 (Selasa) bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.  Program tersebut diadakan di Dewan Seminar, Aras 4, CICT, UTM Johor Bahru dan di Bilik Perbincangan CICT UTM KL (Video Conferencing) bagi staf UTM Kuala Lumpur.

Program tersebut terbuka kepada semua staf UTM dan kehadiran staf akan diambil kira sebagai mata CPD di UTMSmile.

Bagi Staf CICT yang menghadiri program tersebut secara bersiri, kehadiran akan direkodkan bagi setiap modul.  Hanya staf yang menghadiri semua modul dalam program tersebut layak menerima Sijil Penyertaan.