Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Show Case Teknologi ICT Terkini pada 13 Januari 2019 (Ahad) bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini telah berlangsung di Galerium CICT, Aras 2 dan dihadiri oleh semua warga CICT termasuk Felo IT dan Pengurus Teknologi Maklumat.
YBhg Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar telah melawat CICT dan mengadakan perbincangan bersama dengan semua Pengurusan dan Felo Akademik CICT di Crisis Room, Aras 1 pada jam 11.00 pagi.
Show Case Teknologi ICT Terkini ini adalah acara yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan daripada semua staf CICT. Semoga program ini akan dapat memberi pendedahan kepada teknologi ICT terkini yang merupakan sebahagian daripada inisiatif yang akan dilaksanakan oleh CICT pada tahun ini.