Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Sesi ‘WORK TIME SHARING’ Bersama Dr Mohd Razak Bin Samingan, Fellow Akademik IT CICT untuk Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM), CICT. Sesi ini telah diadakan pada 25 Februari 2019 bertempat di Gelerium, Aras 2, CICT.

 

Sesi yang bermula jam 10.00 pagi dan diketuai oleh Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM) bertujuan memberi peluang kepada pegawai-pegawai Teknologi Maklumat Gred 41 dan ke atas di Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM) untuk mendapatkan khidmat nasihat Fellow Akademik IT, Dr Mohd Razak Bin Samingan. Antara permasalahan yang ditimbulkan adalah pengurusan sumber aplikasi mobile dan penyelesaiannya.

 

Sesi taklimat selesai pada jam 11.00 pagi.