Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima Sijil 5 Bintang dalam audit OSHE 2019 sempena FIESTA OSHE@UTMTTC 2019 yang telah diadakan pada 18 Februari 2019 di UTM Talent Transformation Centre (UTM TTC), Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Shahuddin kepada wakil CICT Encik Roslai bin Paiman.
CICT telah mencapai skala CEMERLANG Audit Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 2017 Kategori Bahagian/Unit UTM Johor Bahru.
Tahniah kepada semua warga CICT di atas anugerah tersebut.