Kursus Microsoft Teams for 21st Century Modern Classroom ini diadakan untuk:
a) Menyediakan platform dalam talian bagi menghubungkan pensyarah dan pelajar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara moden dengan menggunakan teknologi;
b) Melatih pensyarah dan pentadbir ICT untuk menjadi jurulatih berkaitan penggunaan perisian Microsoft Teams di fakulti masing-masing;
c) Penggunaan alat bantu (tool) ini dapat membantu meningkatkan pencapaian dan kualiti akademik walaupun sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara maya;
UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital akan terus memainkan peranan yang penting dalam membantu warga akademik menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dengan menyediakan beberapa inisiatif yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan memastikan ketahanan institusi (Institutional Resilience) UTMDigital.