UTM Identification (UTMID) adalah pengenalan unik yang diberikan kepada pengguna sebelum dibenarkan untuk mengakses perkhidmatan ICT termasuk rangkaian UTM, UTMWiFi, Portal MyUTM dan UTMSmart.  Buat masa ini, UTMID hanya disalurkan untuk pelajar dan kakitangan yang berdaftar.  UTMID juga digunakan sebagai ID e-mel rasmi untuk kakitangan dan pelajar. 

Bengkel UTMID telah  diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 21 September 2020 dan 22 September 2020 (Isnin – Selasa).   Seramai 25 orang peserta bengkel yang terdiri dari staf UTMDigital, Johor Bahru dan tiga orang perserta daripada UTMDigital, Kuala Lumpur.  2 orang Fasilitator bengkel iaitu Prof Madya Dr. Syed Norris bin Syed Abdullah dan Encik Nik Kamal Izuddin Bin Nik Ibrahim

Objektif bengkel UTMID adalah untuk menyelesaikan masalah UTMID sediaada, memurnikan proses kerja pemberian UTMID kepada pelajar baharu, penambahbaikan kepada sistem UTMID, membuat operasi pembersihan data dan menyemak, menyediakan dan mengemaskini maklumat berkaitan perkhidmatan ICT.

Hasil dari bengkel ini adalah UTMDigital akan berupaya menyelesaikan permasalahan berkaitan UTMID kepada pelajar, menyediakan carta alir proses kerja pemberian UTMID kepada pelajar baharu, menghebahkan maklumat terkini perkhidmatan ICT melalui emel pemakluman dan laman web yang telah dikemaskini dan hanya rekod pelajar aktif sahaja yang ada dalam sistem Lightweight Directory Access Protocol (LDAP).