Syarikat Kunkwan Sdn. Bhd. telah mengadakan program Perkongsian Ilmu di bawah Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di CICT pada 15 Februari 2017 bertajuk Komunikasi Abad Ke-21.  Ia bertujuan untuk memahami masalah, cabaran dan mewujudkan kesedaran bagi meningkatkan tahap komunikasi di dalam era masa kini. Di samping itu, sesi ini memberi perkongsian berkaitan skil dan teknik berkomunikasi yang berkesan di dalam sesebuah organisasi.

Ceramah telah disampaikan oleh En. Jenardhanan A/L Yeoh Sevasawgaran selaku Penceramah daripada Syarikat Kunkwan. Seramai 64 orang staf CICT telah menghadiri sesi perkongsian ini yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Felo Akademik serta staf-staf CICT.  

CICT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Kunkwan Sdn. Bhd. dan peserta yang hadir bagi menjayakan program perkongsian ilmu ini.

Ceramah Komunikasi Abad Ke-21  Ceramah Komunikasi Abad Ke 21phamplet Kunkwan