CICT Fun Walk 2016Program Gaya Hidup Sihat Peringkat CICT anjuran Badan Kebajikan CICT telah di adakan pada 22 September 2016, (Khamis) jam 7.45 pagi.  Aktiviti ini diadakan selaras dengan hasrat Pengurusan UTM dalam memastikan warga UTM sentiasa mengamalkan serta membudayakan aktiviti gaya hidup sihat secara holistik.

Fun Walk CICT bermula dari  tempat letak kereta Pusat Kesihatan UTM dan dimulai dengan aktiviti regangan yang diketuai oleh En Abd Haris bin Ismail. Laluan aktiviti walkton adalah disepanjang laluan Pusat Kesihatan UTM, RMC dan kemudian kembali semula ke tempat berkumpul. Program selesai pada jam 9.00 pagi dan jumlah kehadiran staf dalam program ini adalah seramai 60 orang. Aktiviti ini dikira sebagai jam kredit kursus di dalam UTMSmile.