Program Gotong Royong Lestari telah diadakan secara berperingkat di UTMDigital. Peringkat pertama diadakan pada Bulan Februari 2020 dengan kerjasama seluruh warga UTMDigital.

Tarikh : Februari 2020
Lokasi : Sekitar kawasan UTMDigital
Penyertaan : Seluruh Warga UTMDigital

Objektif utama program ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Membersihkan kawasan pagar pejabat, kawasan longkang dan kawasan sekitar jabatan.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara staf
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen semua staf terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
  • Sepakat dalam merealisasikan keberkesanan program kebersihan.
  • Mewujudkan komuniti staf yang mesra alam sekitar.