HARI TERBUKA CICT 2016

CICT Open DayPusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menganjurkan program Hari Terbuka CICT 2016 pada 29 dan 30 November 2016 di Bangunan CICT, Blok D07, UTM Johor Bahru, Johor selari dengan usaha menjadikan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) sebagai pemacu ICT UTM berteraskan perkhidmatan ICT yang inovatif dan berkualiti.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan CICT dengan pelanggan iaitu seluruh warga Universiti dan komuniti luar serta mempromosi dan memasarkan perkhidmatan ICT kepada komuniti. Program ini sekaligus membantu usaha penjanaan pendapatan CICT khususnya serta UTM amnya. Tema Hari Terbuka CICT tahun ini adalah ‘ICT Lestari, Warga Bistari’. 

Matlamat mengadakan Program Hari Terbuka CICT ini adalah untuk ;

  1. Melahirkan modal insan kelas pertama, warga UTM khususnya dan komuniti sekitar amnya yang berhemah dalam penggunaan ICT dan mampu menggunakan segala kemudahan ICT secara optimum.
  2. Mendekati pelanggan dan menyelesaikan permasalahan secara terus.
  3. Menningkatkan pengetahuan pelanggan dengan perkara-perkara baru ICT melalui perkembangan terkini teknologi dan sebagainya.

Pengisian program adalah seperti berikut :-

  1. Sesi Ceramah:
  • Penjagaan Kesihatan dan Fisioterapi oleh KPJ Puteri Specialist (Johor Bahru).
  • Kesedaran Anti-Virus oleh syarikat yang dilantik.
  • Perisian oleh Prestariang dan Microsoft
  • ‘ICT Technology Update’ oleh syarikat Huawei.

2. Pameran Penjagaan Kesihatan oleh KPJ Puteri Specialist (Johor   Bahru).

  • Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Derma Darah.
  • Kaunter Kepuasan Pelanggan serta khidmat perundingan ICT/perkhidmatan sistem aplikasi.
  • Pertandingan cipta ‘motto CICT’ terbaik.
  • Cabutan bertuah kepada pengunjung (bergantung kepada penajaan luar).
  • Penjanaan pendapatan melalui perkhidmatan ‘photo booth’.
  • Lain-lain pameran ICT dan ICT Lestari.

Program ini idharap dapat memotivasikan minat warga UTM dan komuniti sekitar dalam membudayakan penggunaan ICT secara berhemah dan mampu mempengaruhi budaya kerja, kognitif, gaya hidup serta nilai hidup seharian.

Galeri foto Hari Terbuka CICT 2016…