LAWATAN DARI MAHIDOL UNIVERSITY, THAILAND DI BAWAH PROGRAM STAF MOBILITI

Satu ​delegasi dari Mahidol University, Thailand telah mengadakan lawatan rasmi ke UTM pada ​30-31 Mei 2018.  Lawatan ini melibatkan seramai 6 orang staf dari Mahidol University iaitu

  1.   Ms. Sarunya Chanlongphitak, Division of Physical and Environment
  2.   Ms. Walipa Podaeng, Division of International Relations
  3.   Mrs. Unyamanee Pinwanna, Division of Finance
  4.   Ms. Kulwadee Poontarickotok, Division of Legal Affairs
  5.   Ms. Warangkana Eksri, Division of Information Technology
  6.   Ms. Sarocha Sereenonchai, Division of Education Administration

Mereka telah dibawa ke beberapa PTJ di UTM iatu CICT, Pejabat Bendahari, UTMLead, IPASA, Pejabat Undang-Undang dan Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Selain daripada berkongsi pengalaman, mereka juga ingin menimba ilmu dengan UTM dalam bidang yang berkaitan dengan mereka di Mahidol University.

Ms. Warangkana Eksri dan Ms. Wallipa memulakan lawatannya ke CICT pada 30 Mei 2018 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.   Delegasi tersebut telah dibawa melawat Gallerium CICT, SMAL (Student Multimedia and Content Authoring Production Lab) dan Data Center.  Mereka telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pihak CICT  dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.

Pengangkutan dalaman bagi delegasi tersebut telah diuruskan oleh UTM International.