Pada 9 Mac 2016, Fakulti Sains telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT). Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Jabatan Fizik Fakulti Sains iaitu Prof. Madya Dr. Wan Muhammad Saridan bin Wan Hassan bersama dengan beberapa staf Fakulti Sains yang lain. Rombongan ini tiba pada pukul 3.00 petang dengan disambut oleh Pengarah CICT, Prof. Dr. Ali bin Selamat berserta barisan staf pengurusan CICT.

Sesi taklimat dimulakan dengan Prof. Dr. Ali dimana beliau menerangkan mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian di CICT. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai penyewaan ruang & kemudahan yang disediakan CICT untuk pelajar & staf UTM. Selepas tamat sesi taklimat, rombongan ini dibawa melawat sekitar CICT. Antara tempat yang dilawat telah ialah Gallerium CICT, Bahagian Pembangunan Aplikasi, Bilik Seminar, Open Office dan Bilik SMAL. Semasa melawat Bilik SMAL, penerangan telah diberikan oleh Encik Azmi bin Kamis mengenai bagaimana montaj direka serta fungsi setiap alat yang ada di Bilik SMAL. Lawatan kerja ini tamat pada pukul 5.00 petang.