Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 27 Ogos 2018 (Isnin) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang.  Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Hyper Converged Infrastructure (HCI) di UniSZA, di samping berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dalam pengurusan infrastruktur ICT.

 

Delegasi seramai 6 orang ini terdiri daripada Encik Jaffar Sidek bin Haron (Ketua Bahagian IOM), Encik Noor Haslan bin Sallehudin (Unit Keselamatan Infra ICT), Encik Mohd Rozi bin Katmin (Ketua Unit Infra Struktur dan Operasi), Encik Mohd Nor Akmal bin Masrom (Unit Pusat Data) dan diketuai oleh  Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, CIO/Pengarah CICT.