Lawatan Kerja UNIMAS ke CICT UTMJB

 

CICT UTM Johor Bahru telah menerima tiga orang wakil delegasi dari UNIMAS iaitu Encik Harun Maksom, Pengarah, Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat, Puan Latifah Loh Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan dan Khidmat serta Madya Dr. Edwin Mit, Timbalan Pengarah, Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko pada 28 Februari 2018 jam 10.00 pagi.

Taklimat daripada CICT UTMJB telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Shahizan bin Othman, Pengarah CICT dan Tn. Haji Samsudin bin Nyat, Timbalan Pengarah, Perancangan Strategik CICT.  Mereka juga telah dibawa melawat ke Gallerium CICT dan taklimat ringkas mengenainya telah disampaikan oleh Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT serta sesi bergambar sebagai kenangan.

 


 

Jurugambar : Mohd. Safudin Nordin