LAWATAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS JOHOR KE CICT, UTM JOHOR BAHRU

 

Seramai tujuh (7) orang wakil dari Lembaga Perindustrian Nanas Johor telah mengadakan lawatan ke Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) pada 17 Julai 2018.  Dalegasi yang diketuai oleh Encik Wan Mohd Adiasrol, Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber Manusia, Lembaga Perindustrian Nanas Johor,  telah tiba ke CICT jam 2.30 petang.  Mereka telah mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai IT daripada CICT bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif (BME), Aras 2, CICT.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sistem aplikasi yang dibangunkan oleh CICT dan pembentangan ‘business proposal’ oleh CICT kepada pihak Lembaga Nanas.

Sesi gambar kenangan telah diabadikan di Gallerium CICT.