Pada 9 Mac 2016, Panel Audit OSHE UTM yang diketuai oleh Dr. Mohd Saidin Misnan bersama 3 orang panel telah melawat CICT bagi tujuan audit keselamatan, persekitaran dan kesihatan pekerjaan di CICT. Sesi bermula dengan ucapan pembukaan mesyuarat pada jam 8.30 pagi oleh Tuan Haji Samsudin Nyat selaku wakil rasmi Pengarah CICT, diikuti dengan taklimat ringkas berkenaan perkembangan aktiviti OSHE di CICT. Kemudian diikuti dengan sesi lawatan ke bahagian dan unit. Antara tempat yang telah dilawat ialah Bahagian Pembangunan Aplikasi, Makmal ICT Pelajar (PPICTP), Gallerium CICT, Pejabat Am & Pusat Data. Hasil daripada lawatan, terdapat beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh panel audit dan perlu diambiltindakan oleh pihak pengurusan CICT. Lawatan panel audit ini telah berakhir pada pukul 11.45 pagi dengan penyerahan borang Corrective Action Request dari panel audit kepada wakil pengurusan CICT.