LAWATAN PEJABAT PENDAFTAR KE CICT SEMPENA PROGRAM ORIENTASI & SOSIALISASI UTM SIRI 2/2018

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru telah menerima sesi lawatan daripada Seksyen Pembangunan Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar pada 28 Februari 2018.  Program Orientasi & Sosialisasi UTM Siri 2/2018 tersebut bermula jam 2.45 petang.

 

Delegasi seramai 20 orang Staf Kumpulan Akademik dan Pelaksana yang baru dilantik  di UTM ini telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pihak CICT.   Delegasi tersebut telah dibawa melawat Galerium CICT dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Zainal Abidin, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.

 

Jurufoto : Mohd Safudin bin Nordin