CICT, UTM JB
, 28 September – Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menerima lawatan daripada pelajar tahun satu (subjek Teknologi dan Sistem Maklumat), Fakulti Komputeran UTM pada 26 dan 27 September 2016. Delegasi lawatan diketuai oleh pensyarah, Md. Hafiz bin Selamat dan Pn. Nazmona bt. Mat Ali.

Program lawatan pada hari pertama (26 September 2016) melibatkan pelawat seramai 89 orang dan bermula pada jam 2.00 petang. Mereka dibawa ke Dewan Seminar CICT, Aras 4 bagi sesi taklimat yang melibatkan ucapan aluan daripada Prof. Dr. Ali bin Selamat iaitu Pengarah CICT, ucapan daripada wakil ketua delegasi, serta taklimat oleh Tn Hj Samsudin bin Nyat, selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Strategik. Program diteruskan dengan lawatan ke Makmal Latihan ICT, Student’s Multimedia Authoring Lab (SMAL), Bilik Server dan Galerium CICT. Sesi pertama tamat pada jam 5.00 petang.

Kumpulan pelawat pada hari kedua lawatan (27 September 2016) adalah seramai 64 orang bermula jam 8.00 pagi. Kumpulan kedua ini juga dibawa mendengar taklimat di Dewan Seminar CICT dan seterusnya dibawa melawat Makmal Latihan ICT, Student’s Multimedia Authoring Lab (SMAL), Bilik Server dan Galerium CICT. Sesi lawatan tamat pada jam 10.00 pagi dengan aktiviti bergambar beramai-ramai.