Lawatan Pelajar UTMSpace ke CICT

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima lawatan pelajar daripada UTMSpace pada 6 Julai 2018 (Jumaat).  Lawatann seramai 135 orang pelajar baru itu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

Mereka telah di bawa melawat ke Dewan PPICTP dan Gallerium CICT.   Taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CICT  telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.