MINGGU MESRA MAHASISWA SESI 2018/2019
Majlis Naib Canselor Bersama Mahasiswa Sempena Minggu Mesra Mahasiswa UTM Sesi 2018/2019 telah berlangsung pada 4 September 2018 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru bermula jam 8.30 malam. Majlis dimulai dengan Lagu Negaraku dan bacaan doa.
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). YBhg. Prof. Dr. Azlan bin Abdul Rahman,telah menyampaikan ucapan kepada pelajar-pelajar baru.