LAWATAN SAMBIL BELAJAR, KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA, KUANTAN, PAHANG

Pada 21 Mac 2018, CICT telah menerima kehadiran seramai 33 orang pelajar dan 5 orang pensyarah dari Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, dalam program lawatan sambil belajar mereka ke CICT, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.   Pelajar yang terlibat dengan program ini merupakan pelajar kursus Diploma in Computer Networking semester 4 dan 5.

Tujuan utama program ini adalah untuk

  1. Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi antara Kolej_Profesional MARA Indera Mahkota dan Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Mendapatkan maklumat tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia.
  3. Melihat fasiliti dan teknologi yang berkaitan sekuriti di Universiti Teknologi Malaysia.
  4. Melawat server farm, surveillance system dan di UTM.
  5. Ingin melihat pelaksanaan polisi yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di UTM.

Delegasi dari Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang ini telah tiba di CICT, UTM pada jam 11.30 pagi.  Mereka telah dibawa melawat ke Gallerium CICT, Security dan Data Center CICT, Student Multimedia and Content Authoring Production Lab (S.M.A.L), Universiti Teknologi Malaysia dan telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai IT, Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin.

Diakhir program, delegasi ini telah diberi taklimat oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Strategik (SM) di Dewan Seminar CICT. Program lawatan berakhir pada jam 5.00 petang setelah selesai sesi bergambar.