MARCH 2, 2016 BY AKFADHLI
25 Februari 2016 – Majlis Perpisahan Staf CICT bagi meraikan staf yang akan berpindah ke institusi lain telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama pada jam 9.30 pagi.

Staf yang akan berpindah ialah Puan Noor Effa Nina binti Muhamad dimana beliau akan berpindah ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Tarikh 25 Februari 2016 adalah tarikh akhir beliau berkhidmat di CICT dan Universiti Teknologi Malaysia amnya.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Encik Mohd Farid bin Sarji dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah CICT, Tuan Haji Samsudin bin Nyat serta Encik Khairul Nizam bin Md Razali selaku Pengerusi Badan Kebajikan CICT. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Noor Effa Nina yang berkongsi pengalaman pahit & manis beliau sepanjang berkhidmat di CICT. Majlis juga turut memberi peluang kepada rakan-rakan staf CICT untuk memberikan kata-kata semangat dan penghargaan yang terakhir untuk beliau. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada Puan Noor Effa Nina yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Samsudin. Majlis tamat pada pukul 10.30 pagi dengan jamuan ringan serta mengambil gambar sebagai kenangan.