Select Page

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Mokhles Bin Md Sawal telah dilantik untuk menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Bahagian Inovasi Digital) UTMDigital berkuatkuasa mulai 1 April 2021 sehingga jawatan tersebut selesai dibuat pengisian, di samping menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian (Bahagian Inovasi Digital).

 Keperluan menjalankan tugas ini adalah disebabkan Timbalan Pengarah (Bahagian Inovasi Digital) telah tamat tempoh jawatan pada 31 Mac 2021.  TAHNIAH diucapkan. Semoga dengan pelantikan ini, Encik Mokhles Bin Md Sawal dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang ke arah mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi di peringkat  Universiti.  Diharap semua warga UTMDigital dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada beliau.