Seramai 5 orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menghadiri perjumpaan bersama dengan penduduk Pangsapuri Nuri, Kangkar Pulai pada 4 Mac 2019. Mesyuarat bersama 8 orang penduduk pangsapuri tersebut bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Nuri Kangkar Pulai.
Mesyuarat mengenai program ‘Bangsa Johor Bahagia’ yang akan diadakan di CICT pada 9 Mac 2019 untuk penduduk Pangsapuri Nuri, Kangkar Pulai yang berkaitan dengan IT.
Hasil dari mesyuarat bersama penduduk Pangsapuri Kangkar Pulai tersebut adalah seperti berikut:-
- Tahap ICT sangat rendah, jadi sukar untuk mencari peserta bagi dilatih.
- Peserta harus terbuka tanpa mengira umur. Yang penting ialah minat dan mahu menjadi Champion.
- Peserta mahukan imbuhan seperti top-up, sebagai syarat penyertaan.
- Fokus utama sasaran Komuniti Digital mengikut priority adalah;
- Remaja
- Kanak2
- Surirumah
Mesyuarat selesai pada jam 1.00 tengahari.