Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program FastTrack Microsoft: ‘Microsoft Edge Workshop’ seperti maklumat berikut :

Tarikh : 17hb Februari 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 am – 11.00 am
Penceramah: Encik Muhamad Syukri Abdul Manaf | Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer
Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalFastTrack
Keperluan: Semua peserta kursus perlu menggunakan UTM Microsoft Live Account (live.utm.my).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Digital Care UTMDigital melalui emel: digitalcare@utm.my | Phone No : 07-5532136 (JB) /
03-26154440 (KL) | Mobile Apps : DigitalCare@UTMSmart

Objektif Program FastTrack Microsoft: ‘Microsoft Edge Workshop’ ini diadakan adalah:

a) Konfigurasi dan pengurusan keselamatan Microsoft Edge.
b) Features yang terdapat pada Microsoft Edge.

Untuk makluman, UTMDigital sebagai ‘Pemacu Universiti Digital’ akan terus memainkan peranan yang penting dalam membantu warga akademik menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dengan menyediakan beberapa inisiatif yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan memastikan ketahanan institusi (Institutional Resilience) UTMDigital.

Selain itu, UTMDigital akan mengadakan kursus tersebut secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan dari Microsoft.

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai kursus tersebut.

Sekian, terima kasih.