Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Kursus Microsoft Teams for Modern Workplace seperti maklumat berikut :
Tarikh : 11hb Mac 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 – 12.00 pagi
Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalAdoptionProgram
Objektif Kursus Microsoft Teams for Modern Workplace ini diadakan adalah:
a) Menyediakan platform dalam talian bagi menyokong persekitaran kerja secara maya dan moden dengan menggunakan teknologi;
b) Melatih staf pengurusan dan pelaksana serta pentadbir ICT untuk menjadi jurulatih berkaitan penggunaan perisian Microsoft Teams di jabatan masing-masing;
c) Penggunaan alat bantu (tool) ini dapat membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dalam persekitaran kerja berlangsung secara maya;
Untuk makluman, UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital akan terus memainkan peranan yang penting dalam membantu warga akademik menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dengan menyediakan beberapa inisiatif yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan memastikan ketahanan institusi (Institutional Resilience) UTMDigital.
Selain itu, UTMDigital akan mengadakan kursus tersebut secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan dari Microsoft.
Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai kursus tersebut.
Sekian, terima kasih.