Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) mengucapkan Tahniah diucapkan di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik) dan Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi) serta tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Semoga saudara akan dapat meneruskan kecemerlangan dan memberikan sumbangan berimpak tinggi kepada Universiti.
Pelantikan Jawatan Strategik Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta arahan menjalankan tugas ini diluluskan selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi berikutan kelulusan Universiti kepada penerima kenaikan pangkat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Diharap agar semua warga Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi selari dengan hala tuju UTM.
Pelantikan Jawatan Strategik :
1) Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik)
Tn. Hj. Roslai bin Paimin (berkuatkuasa mulai 1 November 2019)
2) Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi)
En. Mokhles bin Md. Sawal (berkuatkuasa mulai 1 November 2019)
Arahan Menjalankan Tugas :
1) Menjalankan tugas Timbalan Pengarah CICT UTM KL
En. Jaffar Sidek bin Haron (berkuatkuasa mulai 1 November 2019 hingga 31 Disember 2019)
2) Menjalankan tugas Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Infrastruktur dan Operasi)
En. Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim (berkuatkuasa mulai 1 November 2019 hingga 31 Disember 2019)
3) Menjalankan tugas Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Strategik)
En. Nahizam bin Mohamed Top (berkuatkuasa mulai 1 November 2019 hingga 31 Disember 2019)