Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan, kampus UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur akan mula menggunakan sistem Voice Over IP (VoIP) yang berfungsi seperti sistem telefon sedia ada (sistem PABX).  Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dan
nombor telefon VoIP yang baru akan ditetapkan kepada staf UTM yang *layak.

Sistem VoIP UTM akan menggunakan aplikasi Time Cloud Communications (TCC) / “Time Voice” yang dibekalkan oleh pihak TIME dotcom Berhad.

Sebagimana tajuk diatas, semasa fasa pengaktifan staf yang layak akan menerima emel pengaktifan **QR Code daripada sistem VoIP TCC “tcc.client@time.com.my” (bermula 7 – 31 Disember 2022) secara berperingkat. Manakala fasa pelaksanaan sebenar akan bermula 1 Januari 2023. Sila rujuk lampiran bagi manual pengaktifan (“Mobile Client Activation”) dan manual – manual yang berkaitan.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

* Staf UTM bergred 19 keatas.
** QR Code adalah khas dan unik untuk setiap staf, sila guna QR  Code bagi akaun masing – masing.

Makluman tambahan : sistem VoIP ini juga boleh digunakan di Laptop/Desktop pengguna dengan melayari link berikut dan masukkan username dan password masing-masing.

Panduan log masuk, nama pengguna dan kata laluan boleh didapati pada lampiran di bawah.

Terima kasih.