PENGANUGERAHAN SIJIL PEMATUHAN SAGA 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan CICT yang telah berjaya menyediakan dokumen teknikal terbaik dan sekaligus membawa Universiti menerima PENGANUGERAHAN SIJIL PEMATUHAN SAGA (Standard Accounting System For Government Agencies) 2017 yang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 22 November 2017.

UTM merupakan antara 59 daripada 416 agensi yang telah berjaya menerima pengiktirafan Sijil Pematuhan SAGA selain daripada USM, UPSI, UMP, UPNM, UNISZA, UTHM dan UPM.

Semoga ianya jadi pemangkin kepada semua warga CICT untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada CICT dan Universiti.