PERASMIAN PROGRAM WACANA ILMU

Wacana Ilmu adalah program mingguan yang di adakan di CICT.   Wacana Ilmu ICT Siri 1/2017 tersebut bermula pada 5 Oktober, 2017.

CICT telah mengadakan acara Perasmian bagi Program Wacana Ilmu di Dewan Seminar CICT pada 18 Januari 2018 (Khamis), jam 8.30 pg – 12.00 tengahari.  Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah CICT, Prof. Dr. Ali bin Selamat.  Program dimulai oleh bacaan doa selamat oleh Encik Wan Mat bin Wan Sulaiman.

Pengarah CICT telah menyampaikan taklimat dan seterusnya merasmikan Program Wacana Ilmu 2018.

Selepas perasmian Wacana Ilmu tersebut, taklimat ISO bertajuk ‘Implementasi ISO 9001 : 2015 CICT : Peranan Pengurusan dan Staf’ telah disampaikan oleh Prof. Madya Mohd Shoki Bin Md Ariff dan seterusnya Ceramah Wacana Ilmu bertajuk Pembangunan Aplikasi CICTKL telah disampaikan oleh En Zailis Abu Bakar (CICT UTMKL)  melalui ‘Video Conference’.

 

Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh seluruh warga CICT UTMJB dan CICT UTMKL serta semua staf UTM Skim F.