Dengan mengambil kira kemajuan kerjaya, peningkatan kerjaya dan kepentingan organisasi, Universiti telah membuat keputusan pertukaran staf dalaman UTM iaitu dari UTM Kuala Lumpur ke UTM Johor Bahru.
Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F52), Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim telah bertukar dari Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Kuala Lumpur ke Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru.
Pertukaran ini berkuat kuasa mulai 15 Jun 2020. Sehubungan dengan itu juga Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Seksyen, Bahagian Arkitektur Digital (DDA), Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru.