l54a7278-1
Program Gotong Royong Perdana CICT 2016 telah di adakan pada 13 Oktober 2016 (Khamis) dari jam 8.30 pagi hingga selesai. Satu sesi taklimat pelaksanaan program ini telah diadakan bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Seminar CICT sebelum sesi gerak kerja gotong royong dilaksanakan.  Fokus utama program ini adalah kerja mengecat dan menanam pokok bunga di lokasi yang telah dikenalpasti.
 
Semua staf CICT dan pelajar latihan industri telah melapangkan masa dan bekerjasama bagi menjayakan program dan memastikan kecerian suasana persekitaran ruang dalaman serta luar bangunan CICT (D07). 
 
Semangat kerjasama sama daripada semua warga CICT amatlah membanggakan bagi memastikan kejayaan program ini demi mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang ceria di CICT yang tercinta ini.