Sesi Engagement Staf CICT

Pihak CICT UTM Johor Bahru dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf CICT telah mengadakan program Sesi Engagement Staf CICT @ Pulai 2017 pada 14 Disember 2017 (Khamis).  Program bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Lata Seri Pulai, Pontian, Johor.

Pelbagai pengisian aktiviti sepanjang program ini dijalankan seperti senamrobik, aktiviti mewarna, sukaneka, cabutan bertuah, BBQ, memancing dan lain-lain lagi.  Mesyuarat Agung Badan Kebajikan CICT Kali Ke-23 turut diadakan di dalam program ini dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2018/2020.

Penyertaan semua warga CICT UTM Johor Bahru bersama ahli keluarga dan pelajar praktikal memeriahkan lagi program yang telah dilaksanakan ini dengan semangat ‘Satu Hati, Satu CICT’.