Program Teambuilding ‘Satu Hati, Satu CICT’ 2018 ini merupakan kursus pengukuhan kerja berpasukan di kalangan warga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Ia bertepatan dengan hasrat Pengurusan CICT untuk membentuk sinergi baru, rasa kebersamaan dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga CICT merupakan antara inti pati penting dalam pelaksanaan misi ini. Selain itu, perubahan struktur dalaman dan usaha meningkatkan produktiviti bagi memenuhi keperluan tenaga kerja memerlukan satu ruang masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan di kalangan warga CICT.  Justeru, program ini dianjurkan bertujuan memenuhi aspirasi Pengurusan CICT dan seterusnya mengukuhkan pasukan kerja khususnya di kalangan eksekutif CICT dan seterusnya kepada warga CICT di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.

 

Program Team Building CICT 2018 telah diadakan pada 28 Oktober 2018 (Ahad) dengan tema ‘SATU HATI, SATU CICT’.  Program bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Utama, Pusat Latihan dan Hutan Rekreasi UTM Johor Bahru.  Program ini melibatkan penyertaan semua warga CICT seramai 156 orang (termasuk Felo Akademik di CICT) di CICT UTM Johor Bahru dan 4 orang staf CICT dari UTM Kuala Lumpur sebagai wakil.

 

Kehadiran adalah diwajibkan bagi warga CICT UTM Johor Bahru dan dan program ini juga merupakan urusan rasmi Universiti (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2005).

 

Program Team Building CICT 2018 berjalan dengan lancar dengan jayanya.  Syabas dan tahniah kepada warga CICT.