Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, CICT kerana menjadi PTJ paling aktif Senamrobik Perdana Siri 2/2017 bagi Zon Arcturus yang telah diadakan pada 7 Februari 2017, bertempat di Stadium Azman Hashim UTM Johor Bahru. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan semangat seluruh warga CICT yang menjayakan program kali ini.

Kehadiran staf CICT adalah seramai 50 daripada 123 orang, yang menyumbang kepada statistik kehadiran sebanyak 40.7% daripada keseluruhan staf di CICT. Semoga semua staf CICT akan lebih bersemangat untuk sama-sama menyertai senamrobik perdana di masa-masa akan datang. 

PTJ-paling-aktif-senamrobik-2-2017