ASAM PEDAS DAGING CICT

 

Badan Kebajikan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor telah mengadakan aktiviti memasak daging asam pedas sempena Ramadhan.  Aktiviti ini telah dilakukan di Aras 3, Bangunan CICT pada 31 Mei 2018 (Khamis).

 

Aktiviti bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 10.00 pagi dan telah diagih-agihkan kepada semua warga CICT, pelajar praktikal dan mantan CICT yang turut memberi sumbangan dalam aktiviti ini.

 

Alhamdulillah terima kasih kepada team Badan Kebajikan CICT kerana membekalkan kami berbuka puasa asam pedas daging.