Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program FastTrack Microsoft: OneDrive for Business Workshop . Untuk makluman, OneDrive adalah ruang penyimpanan data pengguna (Cloud Storage) yang dapat di akses dari mana-mana peranti, dimana sahaja dan dapat membantu organisasi meningkat kan produktiviti kerja staf. Inisiatif ini adalah selaras dengan peranan UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital yang akan membantu warga kampus menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh : 17hb Mac 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 – 10.30 pagi
Penceramah : En. Syukri Bin Manaf
Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer
Alfa Connection
Moderator : En. Mohd Sofian Bin Mohd Amran
Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Bahagian Strategi Digital, UTMDigital
Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalFastTrack
Untuk makluman, UTMDigital akan mengadakan Program FastTrack ini secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan.
Sehubungan dengan itu, semua staf Skim F adalah dijemput menyertai program ini.
Sekian, terima kasih.