
ANUGERAH TEKNOLOGI MAKLUMAT 2025
(TAHUN PENILAIAN 2024)
TUJUAN
Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) diwujudkan bagi mengiktiraf Fakulti dan Jabatan yang telah berusaha secara berterusan bagi memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti urustadbir serta perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti dan Jabatan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.
ATM memfokuskan kepada Fakulti dan Jabatan yang menggunakan kemudahan ICT dan mengaplikasikan sistem Universiti yang telah dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan dalam melaksanakan urustadbir organisasi.
KATEGORI
1. Fakulti
2. Jabatan
SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan WAJIB ATM 2024 kepada semua Fakulti/Jabatan seperti di bawah:
Kategori Fakulti
Bil |
Nama Fakulti |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. |
Fakulti Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga Fakulti Alam Bina dan Ukur Fakulti Pengkomputeran Fakulti Sains Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Pengurusan Fakulti Kecerdasan Buatan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi Azman Hashim International Business School Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
|
Kategori Jabatan
Bil |
Nama Jabatan |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. |
Jabatan Canseleri Jabatan Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Jabatan Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Jabatan Timb. Naib Canselor (Pembangunan) Jabatan Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Jabatan Pendaftar Jabatan Bendahari Perpustakaan UTM |
HADIAH
Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti dan Jabatan yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM1,500.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Lima Ratus Sahaja), plak dan sijil penyertaan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua Fakulti/Jabatan yang menyertai anugerah ini. Perincian boleh dirujuk di jadual di bawah.
Kategori |
Pemenang |
Hadiah |
1. Jabatan
|
Terbaik |
RM1,500.00, Trofi dan Sijil |
|
Penyertaan |
Sijil |
2. Fakulti
|
Terbaik |
RM1,500.00, Trofi dan Sijil |
|
Penyertaan |
Sijil |
KRITERIA PENILAIAN
KAEDAH PENILAIAN
- Panel Penilai akan menyemak dokumen dan bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh Fakulti dan Jabatan.
- Sesi pembentangan Fakulti dan Jabatan akan dibuat kepada Panel Penilai ATM yang akan ditentukan tarikh dan masanya oleh Urusetia ATM.
- Tempoh pembentangan adalah 30 minit dengan perincian iaitu :
- 20 minit – Pembentangan
- 10 minit – Sesi soal jawab
- Audit penggunaan ICT di peringkat Fakulti dan Jabatan akan dijalankan sekiranya perlu.
DOKUMEN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN
- Fakulti dan Jabatan hendaklah mengemukakan dokumen ATM iaitu :
- Salinan softcopy dalam format pembentangan Power Point (ppt) dan Portable Document Format (pdf) (maksimum 25 slaid).
- Penyertaan yang lambat akan ditolak 5% dari keseluruhan markah asal yang diperolehi.
- Pelaporan data adalah bagi tempoh perlaksanaan 1 Jan hingga 31 Disember 2024
BORANG PENCALONAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN