AKTIVITI PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK CICT 2018

Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji.   Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki.  Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.  (Al Baqarah: 261).

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1428H, BKCICT telah menjalankan aktiviti Program Masak Bubur Lambuk pada 24 Mei 2018, 31 Mei 2018 dan 07 Jun 2018.

Aktiviti ini adalah anjuran Badan Kebajikan CICT dan semua warga CICT telah sama-sama bergotong-royong menyumbang dari dari segi tenaga dan wang ringgit bagi menjayakannya.  Ia bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Aras 3, PPICTP, CICT.  Bubur lambuk telah diagih-agihkan kepada semua staf CICT dan bekas staf CICT yang sama-sama menyumbang dalam program ini.

Semoga amalan kita dilipat gandakan sempena bulan mulia ini, InshaAllah.