DUA STAF CICT MENERIMA PENGANUGERAHAN DI MAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI KE-61

 

Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi menyaksikan penganugerahan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-61 yang telah berlangsung pada 10-12 November 2018, bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru kepada seramai 3,652 penuntut yang berjaya menamatkan pengajian, iaitu 281 orang graduan Ijazah Doktor Falsafah; 799 orang graduan ijazah Sarjana; 2,257 orang graduan ijazah Sarjana Muda, manakala 45 orang graduan Diploma.

 

Dua orang staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah berjaya menamatkan pengajian iaitu Encik Helmee bin Yaacob telah dianugerahkan Sarjana Teknologi Maklumat, Pengkhususan : Pengurusan Teknologi Maklumat – M. IT. (Master of Information Technology, Specialisation: Information Technology Management), dan Tuan Syed Mohd Anwar Alhabshi B Syed Hamed telah dianugerahkan Sarjana Sains (Keselamatan Maklumat) – M. Sc. (Information Security), Master of Science (Information Security).

 

Penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM. Turut serta menyampaikan ijazah ialah Pro-Canselor UTM, iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor; YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan; dan YBhg. Tan Sri Datin Paduka Siti Sadiah binti Sheikh Bakir; serta Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar.

 

CICT khususnya dan UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua graduan dan terutama kepada Encik Helmee bin Yaacob dan Tuan Syed Mohd Anwar Alhabshi B Syed Hamed.  Tahniah dan Syabas!