Jelajah Ceramah Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM

 

Pejabat Wakaf UTM telah mengadakan Jelajah Ceramah Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM di CICT pada 24 Mei 2018.  Jelajah Ceramah Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM telah diadakan di semua Pejabat/Bahagian seluruh UTM.  Ceramah ini adalah bertujuan memberi kefahaman kepada seluruh warga UTM demi membantu pelajar-pelajar miskin yang belajar di UTM.

 

Ceramah Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM dan ceramah Fidyah telah disampaikan oleh Penolong Pendaftar Pejabat Wakaf UTM iaiatu Al-Fadhil Ustaz Arsyad bin Nordin.  Ceramah tersebut telah diadakan di Dewan Seminar CICT bermula jam 10.00 pagi.

 

Kehadiran staf UTM direkodkan dalam Sistem UTMSmile (CPD).