SESI LAWATAN KERJA

TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) KE PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT)

Satu delegasi daripada TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (CICT) pada 29 Januari 2018.   Delegasi tersebut terdiri daripada Puan Nurul Haslinda bt Ngah, Encik Mohd Shah bin Idris, Puan Mariamah bt. Salleh, Encik Muhammad Rahemmi bin Mat Rawi dan Encik Zaharudin bin Alias.

Delegasi TATIUC telah dibawa melawat ke Galerium CICT sebelum mengadakan taklimat dan perbincangan bersama-sama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Strategik (SM) Tuan Haji Samsudin bin Nyat dan pegawai-pegawai Kanan CICT yang lain.  Sesi bergambar juga telah diadakan di Galerium sebagai kenangan.